HomeBeritaKedai kasut terbakar di The Mines

Kedai kasut terbakar di The Mines

SERI KEMBANGAN: Sebuah kedai kasut dilaporkan terbakar di pusat beli-belah, The Mines, pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 11.39 pagi lantas menggerakkan empat pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang, BBP Bangi, BBP Bandar Tun Hussein Onn dan BBP Kajang ke lokasi.

Menurutnya, laporan awal mendapati kebakaran hanya membabitkan sebuah kedai kasut di tingkat satu pusat beli-belah terbabit.

“Pasukan bomba berusaha mengawal kebakaran daripada terus merebak ke kedai lain dan seterusnya berjaya mengawal api pada jam 12.25 tengah hari.

“Kedai kasut yang terbakar berkeluasan 12×12 meter persegi dan kejadian tidak membabitkan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, pasukan bomba masih menjalankan kerja memadam sisa kebakaran dan siasatan akan dijalankan untuk mengenal pasti punca kebakaran.

Author

Pilihan Editor