HomeHiburanLaknatlah hidupnya, doa ibu Syamsul

Laknatlah hidupnya, doa ibu Syamsul

KUALA LUMPUR: Setiap perkara ada had dan batasnya, jika sudah melampaui batas ia menjadi beban kepada emosi, mental dan fizikal.

Melihat air mata suami berguguran mengenang perbuatan anak derhaka kerana buta dengan cinta menambah luka di dada.

Ibu pengarah terkenal, Datin Fatimah Ismail hari ini melemparkan doa, melaknat hidup anaknya, Syamsul Yusof dan isteri kedua, Ira Kazar.

“Ayah mereka telah dirampas oleh perempuan yang kejam. Ibu mereka ditinggalkan kerana perempuan itu. Laknatlah hidupnya!’

Kata-kata dahsyat itu diluahkan oleh Fatimah di hantaran terbaharu di IG Storynya, sehingga mencuri tumpuan netizen.

Ia dipercayai tidak berpuas hati dan terlalu marah terhadap kelakuan pihak ketiga dalam rumah tangga anak dan menantu kesayangannya, Puteri Sarah Liyana.

Dalam hantaran sama, Fatimah turut berkongsi gambar dua cucu yang juga anak Puteri Sarah, Syaikhul Islam dan Sumayyah.

Fatimah dilaporkan pernah mengeluarkan kenyataan dia tidak merestui dan reda dengan perkahwinan kedua Syamsul bersama Ira.

Masalah rumah tangga melibatkan pelakon, Puteri Sarah dan suaminya, Syamsul masih belum berakhir dan pasangan ini juga hanya menggunakan akaun media sosial masing-masing untuk berbalas kenyataan.

Puteri Sarah dijangka memfailkan perceraian terhadap Syamsul pada Isnin.

Penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam yang juga bapa mentua Puteri Sarah memujuk menantunya itu untuk menimbangkan semula keputusan.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3 tahun.

Author

Pilihan Editor