HomeHiburanMurah senang dimiliki, Che Ta dipuji jual tudung harga B40

Murah senang dimiliki, Che Ta dipuji jual tudung harga B40

KUALA LUMPUR : Pelakon dan usahawan jelita, Rozita Che Wan tampil memperkenalkan keluaran tudung bawal bertatahkan mutiara yang murah dan mudah dimiliki.

Harganya bukanlah RM250 tetapi RM25 sahaja.

Tangkap layar TikTok Che Ta yang tular kerana menjual tudung harga B40

Rozita atau lebih mesra dikenali sebagai Che Ta, memperkenalkan keluaran tudung bawal terbarunya dalam sebuah video yang dimuatnaik di akaun TikTok nya.

Dalam rakaman video tersebut, Che Ta menjelaskan bahawa tudung bertatahkan mutiara yang digayakannya itu dijual dengan harga mampu milik iaitu RM25 sehelai.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen menyukai produk keluaran baru Che Ta kerana hasilnya yang cantik dengan harga berpatutan.

Malah, ada yang mengatakan keluaran produk dengan harga golongan marhaen itu amat dekat dengan citarasa rakyat Malaysia.

Antara komen netizen yang memuji usaha Che Ta agar golongan marhaen mampu memiliki tudung jenamanya

Antara komen netizen adalah:

“Benda murah, senang dimiliki.

“Terbaik, mantap Che Ta”

“Lawa tudung. Harga B40 tapi lawa sangat”

“MasyaAllah, love cik ta cantik tapi mampu milik.

 

Author

Pilihan Editor