HomeHiburanNad Zainal dan Ungku Ismail dah bernikah?

Nad Zainal dan Ungku Ismail dah bernikah?

CYBERJAYA: Video yang dikongsi pelakon, Nad Zainal dan Ungku Ismail di Instagram mereka baru-baru ini menimbulkan banyak persoalan terhadap netizen sama ada mereka berdua sudah bernikah.

Perkara itu susulan pasangan berkenaan memuat naik video memaparkan mereka berpakaian serba putih berpegangan tangan sambil melangkah masuk ke sebuah masjid dengan kapsyen ‘love’ berserta tarikh 23 Januari 2023.

Perkongsian Nad dan Ungku Ismail itu menimbulkan pelbagai spekulasi seperti beranggapan mereka berdua benar-benar bernikah atau hanyalah sekadar ‘marketing‘ untuk mempromosi sesuatu.

“Alhamdulillah, tahniah Nanad dan Ungku Ismail, selamat pengantin baru, semoga sentiasa bahagia hingga hujung nyawa,” komen netizen, @angohlily pada perkongsian Nad Zainal itu.

“Betul ke ni??? Alhamdulillah congratulations Nad dan Ungku Ismail,” ujar netizen, @tinieamzah.

“Alhamdulillah kalau betul. Tahniah!! I’m happy for both of you!!,” ujar netizen, @putrisharida pula.

“Jangan last-last promote baju lah, product lah, MV lagu, dah berapa kali kena scam dengan artis,” ujar netizen, @mawarrr_0 berseloroh.

Sementara itu, rakan-rakan artis juga tidak ketinggalan meninggalkan komen mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut pada perkongsian berkenaan.

“Alhamdulillah, Happy for u babe,” kata pelakon, Ummi Nazeera.

“MasyaAllah. Tabarakallah. Congratulations Nad,” kata pelakon, Nur Fazura.

“Alhamdulillah. Tahniah adik. Semoga diberkati dan dirahmati Allah SWT. AAmiin,” kata pelakon, Farah Ahmad.

Persoalan itu kemudiannya dijawab Nad Zainal menerusi perkongsian gambar seterusnya di Instagramnya yang mengesahkan mereka telah bernikah pada 23 Januari lalu berserta gambar pernikahan mereka berdua.

Untuk rekod, perkembangan Nad Zainal pernah menggemparkan Malaysia apabila dia dimasukkan ke Hospital KPJ Ampang Puteri dan terpaksa ditidurkan sejak 20 November lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Ungku Ismail pula dipercayai menjadi orang yang paling rapat berkongsi mengenai perkembangan Nad Zainal sepanjang dia berada di hospital, di samping mengumpul sumbangan untuk menampung kos perubatan aktres itu.

Author

Pilihan Editor