HomeGaya HidupPermintaan jururawat peribadi, 'caregiver' semakin meningkat

Permintaan jururawat peribadi, ‘caregiver’ semakin meningkat

BANGI: Bidang kejururawatan dan penjaga pesakit peribadi profesional di rumah dijangka memberi peluang sangat cerah kepada industri kesihatan baharu masa kini.

Ia dilihat cabang usaha baharu yang mendapat permintaan lebih tinggi melebihi penawaran, pasca pandemik COVID-19.

Ketua Pegawai Operasi Mixigo Sdn Bhd (Mixigo), Mohd Taufik Jamain, Mixigo menawarkan perkhidmatan jururawat dan penjaga pesakit peribadi ke rumah selepas menerima maklum balas ada waris sukar mendapatkan khidmat seperti itu.

Katanya, kebanyakan yang tampil kerana ada yang tidak mampu menguruskan prosedur bersifat bukan invasif seperti cucian luka diabetes, tukar tiub, dandanan dan mandian (buffing) dari hujung kepala hingga ke hujung kaki.

“Kami melihat bidang ini sebagai cabang baharu dalam sektor kesihatan yang perlu diambil berat. Sebab di hospital ada perkhidmatan kesihatan terancang tetapi di rumah pesakit tidak akan menerima penjagaan dan layanan sama.

“Di Mixigo, ia adalah pilihan untuk mereka yang memerlukan khidmat kami. Tidak kira pesakit termasuk cacat kekal, lumpuh, kanser, malah kaunseling,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Mixigo Sdn Bhd mengadakan perjanjian bersama dengan Physiogo

Katanya, Mixigo kini mempunyai sekurang-kurangnya 14 pekerja jururawat berlesen dan penjaga peribadi di tujuh cawangan sekitar Lembah Klang.

Bagaimanapun, Mohd Taufik berkata, pihaknya sangat memerlukan sekurang-kurangnya 100 lagi pekerja bagi menampung permintaan tinggi di pasaran, ketika ini.

“Permintaan sangat tinggi, dan kami mengutamakan kawasan Lembah Klang buat masa ini, sebelum merancang untuk perluas khidmat dalam dan luar negara, pada masa akan datang.

“Jadi, kita perlu buat pengambilan lagi dan sebenarnya ia peluang kerjaya baharu yang dibuka kepada semua tak kita latarbelakang,” katanya.

 

Terdahulu, beliau menghadiri Majlis Townhall dan Menandatangani Persefahaman Bersama antara Mixigo Sdn Bhd dan Physiogo di Bangi Golf & Resort, di sini.

Sementara itu, Mohd Taufik berkata, jururawat Mixigo adalah graduan diploma atau ijazah kejururawatan yang mendapat pengiktirafan lesen Lembaga Jururawat Malaysia (LJM).

“Apabila mereka melakukan perkhidmatan seperti ini, sebenarnya sudah ‘overqualified’,” katanya

Beliau menambah, bayaran kepada kedua-dua jururawat dan penjaga peribadi ini bergantung kepada tempoh perkhidmatan dan prosedur, serendah RM40.

Author

Pilihan Editor