HomeBeritaSaya akan ‘fight’ untuk dapatkan anak saya – Adam Shahz

Saya akan ‘fight’ untuk dapatkan anak saya – Adam Shahz

 

SHAH ALAM: Pergelutan hak penjagaan anak antara pelakon, Fatin Afeefa dan bekas suaminya, Adam Shahz masih belum menemui kata putus.

Prosiding yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini menetapkan tarikh sebutan semula kes penjagaan anak mereka, Ivy Herra Sophia, pada 28 Februari ini.

Adam ketika ditemui selepas prosiding selesai memaklumkan dia akan terus berusaha sehabis baik bagi mendapatkan hak penjagaan anak.

“Untuk anak ini sebenarnya saya sebagai seorang ayah, apapun anak still keutamaanlah. So, saya akan cuba juga fight untuk dapatkan anak saya.

“Sebab sepatutnya benda ini tak perlu menjadi isu antara parents walaupun dah bercerai sebab masing-masing diperlukan tapi kalau tengok situasi sekarang ini saya rasa, saya perlukanlah dapatkan hak saya juga,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Dalam pada itu, Adam turut menyatakan bahawa sekiranya keputusan tidak menyebelahi pihaknya, dia berharap masih ada ruang untuk dia melawat anaknya itu yang kini sudah hampir tiga bulan tidak ditemukan.

“Saya kena sabar, itu jela saya boleh cakap. So far memang takda cara apa lagilah, tunggu keputusan mahkamah 28hb ini.

“Saya takda tuntut apapun, saya cuma nak tuntut hak jaga anak ja. Kalau saya tak dapat hak penjagaan pun saya nak sebenarnya lawatan,” ujarnya.

Terdahulu, Adam atau nama lengkapnya Nor Shah Azli Abdol Ghani, 42, memfailkan tuntutan hak penjagaan ke atas Ivy selepas mendakwa telah lebih dua bulan tidak dapat berjumpa dengan anaknya.

Ujar Adam, dia tiada niat untuk berebut anak, tetapi hanya berharap silaturahim sebagai seorang bapa dengan anak tidak diputuskan.

Author

Pilihan Editor