HomeBeritaAmanah mohon Sultan Selangor siasat dan ambil tindakan ke atas pelampau agama

Amanah mohon Sultan Selangor siasat dan ambil tindakan ke atas pelampau agama

KLANG: Satu serahan memorandum memohon Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam menyiasat dan mengambil tindakan ke atas pelampau agama telah dibuat Amanah.

Memorandum tersebut telah diserahkan oleh Ahli Parlimen Hulu Langat, Sany Hamzan selaku Pengarah Biro Mobilisasi Amanah dan Ahli Parlimen Shah Alam, Azli Yusof selaku Timbalan Pengerusi Amanah Selangor di Istana Alam Shah pada Khamis.

Azli berkata, serahan memorandum ini dibuat kerana kenyataan dan tindakan yang melampau dari segi sudut agama itu sangat mencetuskan pelbagai reaksi negatif yang boleh membawa kepada ketidakharmonian dalam negara.

“Bukan sahaja melibatkan pelbagai kaum, tetapi di kalangan sesama Islam sendiri pun tidak seharusnya berlaku kerana kita semua yang berada dalam negara ini adalah merupakan yang berakidah, mengamalkan agama Islam dengan penuh harmoni, berada di mana-mana sahaja kumpulan yang sama apabila kita melakukan ibadah dan sebagainya aktiviti kemasyarakatan.

“Tetapi apabila ada unsur-unsur kenyataan yang mengetepikan pandangan hanya kerana perbezaan politik yang menyebabkan kenyataan-kenyataan itu boleh menjadi sangat ekstrem dan berunsur takfiri, sehingga boleh mengkafirkan orang lain, menidakkan akidah dan keimanan orang lain.

“Ini lah satu tindakan atau pun kenyataan-kenyataan yang sangat berbahaya yang dilakukan oleh orang yang berada dalam kepimpinan politik terutama yang kononnya memperjuangkan agama Islam,” katanya kepada pihak media.

Tambahnya, yang paling berbahaya kenyataan-kenyataan mereka itu menjadi ikutan pengikut-pengikutnya atau pun mereka yang tidak faham tentang semangat beragama yang dianuti oleh semua masyarakat dalam negara.

Sementara itu, Sany berkata, siasatan dan tindakan perlu diambil kerana pelampau agama ini menggunakan agama, sentimen perkauman dan sentimen kebencian melalui kenyataan dan tindakan mereka yang yang menghancurkan keharmonian dan kesejahteraan kehidupan rakyat.

“Kita boleh lihat tindakan-tindakan dan ucapan-ucapan mereka yyang selama hari ini merupakan ucapan-ucapan menipu, pembohongan dan adu domba yang mereka lakukan untuk mengaut keuntungan dan sokongan serta meraih undi khususnya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

“Banyak ucapan dan tindakan mereka yang boleh mengganggu gugat kedaulatan negara kita, Malaysia yang kita cintai, sebab itu kita nak sebut rakyat Malaysia sudah bijak, mereka boleh menilai.

“Sebab itu kita mahu kerajaan yang ada pada hari ini melalui badan-badan berkuasa supaya dapat mengambil tindakan sesegera mungkin kepada pelampau-pelampau, pemuka-pemuka agama yang melakukan tindan serta ucapan berbaur hasutan,” tegas Sany.

Sany juga berharap rakyat Malaysia dapat membuat penilaian dan melihat jika pimpinan seperti pelampau agama itu yang mahu dipilih untuk memimpin negara.

Memorandum yang diserahkan Sany dan Azli itu telah diterima Timbalan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Sultan Selangor, Fahrin Asmawi sekitar jam 11 pagi.

Merujuk memorandum tersebut, pelampau agama yang dimaksudkan mereka ialah Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Author

Pilihan Editor