HomeHiburanSiapa sukarelawan 'pelacur' sindiran Bella?

Siapa sukarelawan ‘pelacur’ sindiran Bella?

PETALING JAYA: Perkongsian hantaran pelakon, Bella Astillah, mengenai perempuan murahan menerusi Instagram miliknya nyata mencetuskan tanda tanya dan andaian sama ada rumah tangganya masih diganggu pihak ketiga.

Menerusi perkongsian tersebut, Bella, 29, memuat naik beberapa foto yang tertulis mengenai perempuan murahan dan dipercayai ditujukan kepada seorang wanita lain.

“Adakah anda seorang perempuan murahan? Atau anda merupakan seorang sukarelawan pelacur?

Pelakon itu juga turut meminta orang ramai untuk ‘tag’ atau menghantar foto tersebut sekiranya mengenali wanita berkenaan.

“Nak tag atau tidak ya. Atau cuba anda hantar InstaStory ini kepada dia.

“Cuba teka. Jika ramai meneka orang sama, memang dialah itu,” ujarnya.

Menerusi kapsyen foto yang dimuat naik hari ini, Bella turut menyelar sebilangan wanita yang suka mengambil kesempatan terhadap lelaki berstatus suami orang.

“Saya tidak tahan dengan wanita yang menjebakkan diri walaupun mengetahui lelaki tersebut sudah berpunya.

“Perkara itu jelas menunjukkan betapa terdesak dan kasihan dengan dirinya. Selepas saya menaip namanya, secara automatik (auto correct) ditukar kepada perkataan ‘pelacur’,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Bella memohon orang ramai berhenti membuat spekulasi mengenai rumah tangganya dan mendoakan yang terbaik buat suaminya, Aliff Aziz.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Dia juga mengakui risau apabila kata-kata negatif orang ramai mengenai Aliff seperti isu curang menjadi doa satu hari nanti.

Sejak dua minggu lalu, rumah tangga pasangan berkenaan menjadi bahan bualan ramai apabila Aliff didakwa curang sekali lagi dengan seorang pelakon wanita.

Bagaimanapun, Bella menerusi satu hantaran Instagram baru-baru ini, menyelar tindakan segelintir tabloid yang menyalahgunakan video miliknya.

Kontroversi sebegini bukan pertama kali melanda pasangan suami isteri itu kerana sebelum ini, Aliff pernah dikaitkan isu curang dengan beberapa pelakon wanita.

Bella juga pernah memfailkan perceraian pada Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh iddah.

 

Author

Pilihan Editor