CYBERJAYA: Selepas enam hari memberi ‘hint’ kepada semua, akhirnya pelakon dan pengarah tersohor, Syamsul Yusof membuat pendedahan bahawa dia telahpun bernikah dengan Ira Kazar di Thailand dengan berwalikan oleh ayahnya sendiri.
Berita berkaitan: Syamsul nikahi Ira Kazar, Puteri Sarah ‘up’ gambar anak-anak dengan kapsyen..
Menerusi satu video yang dimuat naik Syamsul di Instagram rasminya hari ini, pengarah yang popular dengan filem Mat Kilau itu tampil memberi penjelasan berkaitan status hubungannya dengan Ira dan isterinya, Puteri Sarah.
“Saya ingin bagitahu kepada semua, Alhamdulillah syukur saya telah bernikah secara sah dengan Ira yang berwalikan oleh ayahnya sendiri dan telah bernikah di Thailand dan ada sebab saya menikah di sini (Thailand) oleh kerana untuk memudahkan beberapa perkara. Ya, ianya telah didaftarkan, syukur Alhamdulillah.
Berita berkaitan: Syamsul nikahi Ira Kazar, Puteri Sarah ‘up’ gambar anak-anak dengan kapsyen..
“Sebelum apa-apa saya ingin mengatakan ya, Puteri Sarah masih lagi isteri saya dan kepada Puteri Sarah saya mengharapkan terpulanglah… pulanglah ke rumah supaya kita oleh berbincang masalah kita ini yang tidak perlu dihebahkan di media sosial.
“Tak perlu hebahkan, pulanglah dan bawa kembali anak-anak kita, balik dan berbincang apa sahaja masalah kita,” katanya.
Dalam pada itu, Syamsul turut mengakui bahawa dia tidak berniat untuk menyakiti mana-mana pihak khususnya Puteri Sarah dan keluarganya.
Berita berkaitan: Syamsul nikahi Ira Kazar, Puteri Sarah ‘up’ gambar anak-anak dengan kapsyen..
Malah, dia dengan tegasnya mengatakan bahawa perkahwinannya bersama Ira sah di sisi syarak.
“Saya terus terang saya tak mahu sebenarnya membelakangkan siapa sahaja..
“Sebelum saya terlupa, hari ini baru saya sah secara sah bernikah dengan Ira Kazar.
“Jadi apa yang orang kata sebelum ini… takpelah yang dah lepas tu lepaslah,” ujarnya.
Syamsul turut memaklumkan bahawa dia akan mengadakan sidang media berhubung isu membabitkan rumah tangganya itu dalam masa terdekat.
Berita berkaitan: Syamsul nikahi Ira Kazar, Puteri Sarah ‘up’ gambar anak-anak dengan kapsyen..
“Insya-Allah, saya akan buat mungkin beberapa press conference sikit. Insya-Allah lepas ini. Doakan baik-baik,” katanya.
@mvrasmi Akhirnya, Ira Kazar sah bermadu dengan Puteri Sarah. Kredit : ig Syamsul Yusof #syamsulyusof #irakazar #puterisarahliyana #fyp #viral #kahwin