HomeHiburan‘Up’ gambar dengan Hawa Rizwana, netizen doakan Zizan Razak dipermudahkan urusan akhiri...

‘Up’ gambar dengan Hawa Rizwana, netizen doakan Zizan Razak dipermudahkan urusan akhiri zaman bujang

 

CYBERJAYA: Pelawak dan usahawan, Zizan Razak baru-baru ini memuat naik gambar bersama penyampai berita dan pengacara popular, Hawa Rizwana.

Dalam hantaran sama, Zizan dengan ‘selamba’ meninggalkan kapsyen, ‘harap semua bertenang. Nanti kami akan war warkan. Kami janji’.

Kenyataan Zizan itu nyata membuatkan rata-rata netizen tertanya-tanya sama ada mereka berdua sememangnya sedang dilamun cinta atau hanya sekadar gurauan semata.

Pada masa sama, ada juga yang mengingatkan pelakon utama Abang Long Fadil itu supaya tidak terus menjaga jodoh orang lain.

Perkara itu berikutan sebelum ini, Zizan didakwa pernah menjalin hubungan cinta dengan pelakon, Emma Maembong dan Mira Filzah namun jodohnya tidak berpanjangan.

Bagaimanapun, Zizan yang sudah lebih sedekad berada dalam industri hiburan juga pernah mendakwa dia sudah lali berdepan dengan pelbagai spekulasi termasuk gosip cinta.

Dalam pada itu, rata-rata warga maya yang menjengah di ruangan komen di gambar Zizan itu mendoakan supaya anak kelahiran Terengganu itu dipermudahkan urusan mengakhiri zaman bujangnya tahun ini.

Untuk rekod, Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak, 39, memulakan kariernya dalam industri tanah air menerusi program realiti, Raja Lawak Astro musim pertama sekitar tahun 2007, dimana dia dinobatkan sebagai naib juara dalam pertandingan berkenaan bersama pasangannya, Johan.

Author

Pilihan Editor