HomeBeritaWarga kota bukan pemalas, miliki lebih satu pekerjaan untuk 'survive' - Zahir...

Warga kota bukan pemalas, miliki lebih satu pekerjaan untuk ‘survive’ – Zahir Hassan

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahir Hassan menjelaskan warga kota khususnya di Wilayah Persekutuan bukan pemalas.

Sebaliknya, kelompok ini majoritinya memiliki lebih daripada satu pekerjaan untuk menampung kos kehidupan yang agak meruncing di tengah bandar.

“Menurut laporan UNICEF pada 2018, kemiskinan bandar di Kuala Lumpur pada tahap membimbangkan.

“Ini kerana dengan keadaan kenaikan kos harga barang jika mereka berada di kampung pastinya boleh bercucuk tanam, membela haiwan untuk kelangsungan hidup.

“Tetapi jika berada di Kuala Lumpur, tinggal di flat tiada ruang untuk bercucuk tanam atau ternakan.

“Menerusi kajian sama, warga kota terpaksa kerja lebih masa dan lebih daripada satu pendapatan contohnya siang kerja di pejabat, petang jual Coway atau bawa Grab sebagainya.

“Pendapatan mereka tidak cukup dan perlu ada pendapatan tambahan untuk survive,” katanya.

Zahir diiringi Pegawai Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), Datuk Zaizalnizam Zainun bergambar bersama penerima sumbangan pada Majlis Penyampaian Cek Skim Bantuan Awal ke IPT; Bantuan Khas Yayasan Wilayah Persekutuan di Wisma Yayasan Persekutuan Jalan Raja Abdullah Kampong Bharu Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR 25 JANUARI 2023 – Ahli Parlimen Wangsa Maju,YB Zahir Hassan di iringi Pegawai Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) YB Datuk Zaizalnizam Zainun bergambar bersama penerima sumbangan pada Majlis Penyampaian Cek Skim Bantuan Awal ke IPT & Bantuan Khas Yayasan Wilayah Persekutuan di Wisma Yayasan Persekutuan Jalan Raja Abdullah Kampong Bharu Kuala Lumpur.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Penyampaian Cek Skim Bantuan Awal ke IPT YWP secara one-off kepada 16 pelajar peringkat Parlimen Wangsa Maju.

Tiga daripada penerima bantuan daripada peringkat Diploma dan 13 lagi di peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Syarat dan kriteria permohonan bantuan ialah pemohon mestilah lahir di Wilayah Persekutuan, ibu/ bapa/penjaga adalah pengundi Wilayah Persekutuan dan menetap di Wilayah Persekutuan serta mempunyai pendapatan perkapita RM1,500 dan ke bawah.

Sehubungan itu, bagi membantu warga kota dalam mengurangkan bebanan hidup mereka, Zahir berkata, pihaknya sedang merangka program bersepadu lebih menyeluruh, mampan dan untuk jangka masa panjang.

“Kita tidak boleh terus beri ‘one-off’ kewangan semata-mata tetapi pemberian yang beri manfaat untuk jangka masa panjang seperti bantuan pendidikan ini.

“Program latihan perlu dilipatgandakan, ia perlu penyusunan lebih bersepadu, menyeluruh, agar mereka tidak tercicir.

“Kami dalam peringkat perbincangan untuk beri latihan kepada anak muda khususnya di Wangsa Maju dengan  bidang yang di minati agar selepas tiga, empat tahun mereka boleh berdikari,” katanya.

 

 

 

Author

Pilihan Editor