PENGURUS Manchester United, Erik Ten Hag kecewa dengan keputusan pengadil, Maurizio Mariani, yang tidak memberikan kad merah kepada pemain pertahanan Barcelona, Jules Kounde selepas pemain itu memberikan cabaran kepada Marcus Rashford.
Dengan kedudukan semasa United mendahului Barcelona 2-1 pada minit ke-64, Rashford yang kelihatan berusaha untuk menambah jaringan buat pasukan telah dihalang oleh Kounde dan pemain pertahanan Barcelona itu.
Meskipun Kounde menjatuhkan Rashford di dalam kotak penalti, namun tiada sebarang sepakan penalti diberikan oleh Mariani.
Erik Ten Hag telah dilayangkan kad kuning apabila dia mengkritik pegawai-pegawai perlawanan tentang insiden itu di tepi padang.
Ten Hag bertambah kecewa kerana tidak mendapat bantuan daripada Penolong Pengadil Video (VAR) disebabkan kesalahan yang dilakukan Kounde dikatakan ‘professional foul’.
“Ia adalah satu kesalahan yang jelas ke atas Marcus Rashford. Kita boleh bincangkan sama ada ia berada di dalam kotak atau di luar kotak penalti, tetapi yang pasti ia adalah kad merah.
“Ya, saya bertanya kepada pengadil kenapa. Dia berkata ia berada di luar kotak dan ia bukan kesalahan. Dan penjaga garisan dan pengadil berada dalam kedudukan yang sangat baik untuk melihat dan saya fikir kami mempunyai VAR. Ia adalah keputusan yang sangat buruk. Saya tak faham.” Lapor Erik Ten Hag kepada media.
Perlawanan ‘play-off’ UEFA Europa League di antara Barcelona dan Manchester United ini berkesudahan dengan keputusan 2-2.
Barcelona membuka jaringan pada minit ke-50 hasil tandukan Marcus Alonso sebelum Marcus Rashford menyamakan kedudukan selang dua minit.
Kedudukan 1-1 ini tidak kekal lama apabila Kounde tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-59.
Raphina berjaya menjadi penyelamat buat Barcelona selepas menyamakan kedudukan hasil sepakan percuma.
Perlawan timbal balik di antara kedua-dua pasukan ini akan berlangsung pada 24 Februari di Old Trafford.