HomeHiburanFaizal Hussein benci lelaki 'lupa' status diri

Faizal Hussein benci lelaki ‘lupa’ status diri

KUALA LUMPUR: Pelakon otai, Faizal Hussein, benci sikap sesetengah pelakon lelaki yang lupa status diri, tidak menjaga batas dan suka menimbulkan publisiti murahan.

Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-25 itu, sekali gus menyelar pelakon lelaki berstatus suami orang yang terlampau banyak menimbulkan kontroversi lebih-lebih lagi ketika berselingkuh di set penggambaran.

“Kalau sudah tahu suami orang, kenapa nak melayan? Saya ambil nasi sendiri di set penggambaran dan lebih banyak duduk dalam kereta sebelum sesuatu babak dijayakan.

“Kita tidak akan bertahan lama kalau terlampau banyak kontroversi, tidak kira baik atau buruk kerana ia tetap kontroversi,” tegasnya.

Faizal, 55, membintangi lebih dari 50 drama dan filem tempatan, mengulas isu pelakon berstatus suami terlibat dalam skandal di set penggambaran.

Meskipun mengakui masih ada wanita cuba mendekati dan menggodanya sehingga kini untuk mendapatkan perhatian, dia terus masih kekal berpendirian menetapkan batas had setiap kali berada di lokasi set.

Jelasnya, penetapan itu sudah dilakukannya sejak pembabitan awal karier dunia seni, kerana tidak mahu terlibat dalam sebarang kontroversi yang boleh mengganggu tugasnya sebagai pelakon.

“Nak kata saya sudah tua, sampai hari ini pun masih ada orang cuba try (goda) lagi. Saya sudah letakkan batasan sesiapa yang saya jumpa (wanita), mesti panggil ‘adik’.

“Maknanya, orang lain perlu faham status saya dan sampai hari ini, tidak pernah timbul isu bercinta di set penggambaran.

“Saya hanya bercakap dengan pelakon lain sebelum penggambaran sesuatu babak atau ketika waktu makan selepas kerja selesai,” katanya.

Dalam pada itu, rata-rata netizen menyokong pendapat Faizal dan berpendapat isteri Faizal bertuah mendapat suami sepertinya

Author

Pilihan Editor