HomeNiagaHarga 'trade in' emas tak susut di Malabar Gold & Diamonds

Harga ‘trade in’ emas tak susut di Malabar Gold & Diamonds

KLANG: Peruncit runcit emas dan berlian keenam terbesar dunia, Malabar Gold & Diamonds (MGD) di Malaysia satu-satunya kedai emas yang menawarkan tukar beli (trade in) emas pada kadar harga sifar peratus potongan.

Lebih menarik lagi, jika pembelian emas lebih rendah pada harga semasa sebelum ini, margin harga tetap sama jika ditukar beli semula dan lebih tinggi jika mengikut kadar harga semasa tinggi.

Justeru, Eksekutif Pemasaran MGD, Matham Raj Mani Raj berkata, pembeli emas di MGD tidak perlu khuatir untuk membuat tukaran beli di kedai emas tersebut yang kini mempunyai banyak cawangan di beberapa negeri.

“Sesiapa yang membeli emas Malabar (MGD), tak perlu takut, sebab kita ada terma jaminan dan selenggara seumur hidup.

“Masa ‘trade in‘, pembeli dapat 100 peratus pulangan wang tanpa apa-apa potongan.

“Kalau kedai lain mungkin akan turun nilai apabila di trade in, tapi kita sifar peratus potongan. Ini konsep istimewa Malabar iaitu Malabar Promise, ada kualiti dan jaminan perkhidmatan yang tiada tolok banding,” katanya.

Pada majlis pembukaan cawangan ketujuh Malabar Gold & Diamonds di Klang

Mathan ditemui pada majlis perasmian pembukaan cawangan MGD ke tujuh di Jalan Tengku Kelana, di sini pada Sabtu.

Majlis dirasmikan oleh Ahli Parlimen Klang, V Ganabatirau.

Turut hadir, Ketua Cawangan Malabar Malaysia, P Nijeesh; Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Supritendan Cha Hoong Fong dan Timbalannya, Superintendan Kamal Ariffin Aman Shah; dan Ketua Wilayah Timur MGD, Ajith Murali.

Mathan menjelaskan, pelanggan setia sudah tentunya akan menerima diskaun lebih tinggi, pada jumlah tertentu berdasarkan sejarah transaksi pembelian di MGD.

“Apabila pelanggan kita membeli secara berterusan, ya memang mereka akan terima diskaun tertentu yang menakjubkan mereka, sebagai tanda penghargaan dan kesetiaan mereka,” katanya.

Katanya, MGD juga mengimpikan cawangan di setiap negeri di seluruh negara dalam tempoh tiga tahun akan datang.

“Setakat ini, cawangan MGD di Masjid Jamek dan Ampang di Kuala Lumpur, Mydin Seremban 2, Pulau Pinang, dan di sini.

“Kita akan buka dua lagi cawangan di Ipoh, Perak dan Seremban 1 tahun ini juga,” ujarnya.

Untuk rekod, MGD memulakan operasinya di India pada 1993 dan kini menyasarkan pelanggan Melayu dengan rekaan eksklusif mengikut citarasa Melayu.

MGD memiliki 305 cawangan termasuk tujuh di Malaysia telah memulakan inisiatif bagi menarik minat Melayu untuk memilih jenama ini sejak ia mula bertapak di Malaysia pada tahun 2015.

Author

Pilihan Editor