HomeHiburanJamal Abdillah beri peluang peminat cadang nama untuk anak keempatnya

Jamal Abdillah beri peluang peminat cadang nama untuk anak keempatnya

CYBERJAYA: Raja pop legenda, Datuk Jamal Abdillah, 63, memberi peluang kepada peminat untuk memberi nama yang bersesuaian buat anak keempatnya bersama isteri, Datin Zai Izzati Khiruddin, 27, yang dijangka lahir pada Mac ini.

Penyanyi yang popular dengan lagu Kekasih Awal Dan Akhir itu turut berharap para peminat dan pengikutnya di media sosial dapat mencadangkan nama yang memberi maksud baik buat cahaya matanya.

“Kalau peminat atau pengikut di laman sosial saya ada nama sesuai dengan maksud yang baik dan indah untuk bayi perempuan kami ini, boleh tinggalkan komen di laman Instagram saya dan isteri.

“Kami masih mencari nama yang sesuai lagi dan isteri pula hanya serahkan pada saya untuk memilihnya,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Tambah Jamal, dia dan isteri sememangnya tidak sabar menantikan kelahiran bayi perempuan itu yang bakal menjadi pelengkap kebahagiaan rumah tangganya.

“Alhamdulillah, isteri saya, Zai dan bayi perempuan dalam kandungannya juga dalam keadaan sihat serta tiada masalah.

“Usia kandungan isteri juga sudah mencecah tujuh bulan. Setakat ini, semuanya baik-baik sahaja,” ujarnya.

Untuk rekod, Jamal mendirikan rumah tangga dengan Zai Izzati pada 1 April 2017.

Hasil perkongsian hidup dengan Zai, Jamal memiliki tiga anak iaitu Nur Azura Yamani, 3; El Isaac Yamani atau Zack,2; dan Isksndar Rayyan Yamani yang dilahirkan pada 22 Februari tahun lalu.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Jamal memiliki dua anak iaitu Osama Yamani, 20, dan Ahmad Zaki Yamani, 16.

Author

Pilihan Editor