CYBERJAYA: Baru-baru ini, penyanyi kecil molek, Iman Troye mengakui dirinya masih berstatus ‘single’ dan sedia mengenali hati budi mana-mana lelaki untuk berkenalan.
Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Alyssa Sahabudin, 21, memuat naik hantaran di Instagram rasminya bersempena sambutan Hari Kekasih yang disambut pada setiap 14 Februari.
“Semua busy appreciate partner harini, while me still single and alone.
“Many more years to go like this. Kalau berminat jangan segan silu untuk slide to my dms! Belum cuba belum tahu,” tulisnya ringkas.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen beranggapan bahawa penyanyi yang popular dengan lagu Teman itu memuat naik hantaran sedemikian hanya sekadar gurauan.
Malah, ada juga yang menyarankan Iman untuk memuat naik aplikasi cari jodoh seperti OMI supaya statusnya yang bujang itu dapat menuju ke ‘next level’.