HomeSukanKJ sah jadi Penasihat Belia JDT

KJ sah jadi Penasihat Belia JDT

 

CYBERJAYA: Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin kini sah bergelar sebahagian daripada kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) atas pelantikan sebagai Penasihat Belia Johor.

Berita itu dikongsikan oleh JDT menerusi hantaran di media sosial rasminya pada Rabu.

“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) ingin mengucapkan selamat datang dan tahniah kepada Khairy Jamaluddin atas perlantikan beliau sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah JDT selepas diumumkan oleh pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

“JDT turut mengucapkan tahniah kepada Khairy atas perlantikan beliau sebagai Penasihat Belia Johor. Luaskan Kuasamu Johor,” tulisnya.

Pemecatan Khairy yang mesra dengan panggilan KJ daripada parti UMNO, nyata membuka peluang buat dirinya menceburi arena lain seperti sukan dan industri penyiaran.

KJ juga kini bergelar selaku penyampai radio di stesen Hot FM dan baru sahaja memulakan tugasnya sebagai ‘DJ’ pagi tadi.

Bagaimanapun, difahamkan gandingan KJ di konti Hot FM selama dua minggu itu adalah bagi menggantikan penyampai radio, Fara Fauzana yang sedang mengerjakan umrah.

Author

Pilihan Editor