HomeNiagaLion Air terbangkan jemaah umrah dari Pulau Pinang

Lion Air terbangkan jemaah umrah dari Pulau Pinang

KUALA LUMPUR: Buat kali pertamanya, jemaah umrah diterbangkan menggunakan penerbangan Lion Air dari Pulau Pinang, transit di Medan untuk ke Madinah.

Rangkaian penerbangan membabitkan kerjasama agensi pelancongan, Kembara Ziarah Travel & Tours Sdn Bhd dan PT Permata Sahara Wisata bermula pada Disember lalu.

Ketua Pegawai Pemasaran Kembara Ziarah, Shaik Jamaludin menceritakan kembali bagaimana bermulanya kerjasama dengan Lion Air.

“Ketika itu percutian sekolah, permintaan amat tinggi untuk menunaikan umrah dan harga tiket melambung tinggi jadi kami terpaksa mencari alternatif lain.

“Dari situlah kita jumpa Lion Air yang sanggup terbangkan jemaah Malaysia dari Pulau Pinang.

“Penerbangan dua kali seminggu dengan muatan 700 jemaah, yang menariknya menerusi Lion Air, bagasi tidak perlu bawa keluar, tak perlu ‘check in’ di Medan terus ke Madinah.

“Tempoh transit di Medan tidak lebih dua jam, jemaah solat dan makan sebelum teruskan perjalanan,” katanya pada sidang media.

Beliau berkata demikian selepas majlis menandatangani perjanjian bersa Lion Group Indonesia bersama Kembara Ziarah Travel & Tours Sdn Bhd serta PT Permata Sahara Wisata.

Lion Group Indonesia diwakili oleh Dr Ricky Alfanda, Kembara Ziarah Travel & Tours diwakili oleh Pengarah Urusannya, Jafni Hashim dan PT Permata Sahara Wisata diwakili Pengarahnya, M Iqbal Nyak Umat.

Tambah Shaik lagi, pengalaman Lion Air menguruskan jemaah yang meninggal dunia di Lapangan Terbang di Medan tidak sempat ke Madinah.

“Lion Air telah menguruskan jenazah dengan baik, teratur dan cepat serta mengembalikan bayaran tiket kepada waris, mereka telah buktikan komitmen.

“Daripada situlah kami yakin Lion Air boleh beri kepuasan dan keselamatan kepada jemaah.

“Menerusi persaingan sihat ini juga kita berharap kegiatan penipuan, monopoli tiket dan penganiayaan kepada jemaah dapat dikurangkan,” katanya.

Author

Pilihan Editor