HomeBeritaViralNetizen gembira McDonald Kota Kemuning akhirnya diarah tutup oleh KKM

Netizen gembira McDonald Kota Kemuning akhirnya diarah tutup oleh KKM

CYBERJAYA: Penutupan restoran makanan segera, McDonald’s Kota Kemuning yang diarah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat respons positif warga maya di media sosial.

Terdahulu, seorang warga maya, Afiq Shari berkongsikan gambar ‘Notis Perintah Tutup’ oleh KKM yang ditampal di restoran itu, menunjukkan diarah tutup mulai 8 Februari sehingga 21 Februari.

Menurutnya, penutupan itu adalah susulan tular gambar ada tikus di kaunter pandu lalu restoran itu dan rata-rata penduduk di kawasan itu mengadu restoran itu sememangnya mempunyai masalah isu kebersihan.

Tikus yang dirakam di kaunter restoran itu.

“Rare mat. McD Kota Kemuning diarah tutup oleh KKM. Pertama kali dalam hidup tengok restoran makanan segera diarah tutup macam ni.

“Kepada yang tanya sebab apa ditutup, ini jawapannya. Ada orang rakam ada tikus dekat kaunter dia.

“Dan menurut orang kawasan ini, memang McD ini banyak sangat isu kebersihan sebelum ini.

“Mungkin akhirnya Tuhan nak tunjuk dekat pengurus dia yang semua benda di dunia ini berbalas,” tulis Afiq di Twitternya pada Rabu.

Dalam salah satu gambar yang dikongsi Afiq adalah tangkap layar komen penduduk Kota Kemuning dari laman sosial Facebook mengenai penutupan itu.

Komen daripada Facebook Group Kota Kemuning.

“Sudah tiba masanya. Outlet ni memang kotor bertahun-tahun,” kata Carol Low.

“Baik untuk kita semua. Kakitangan yang kurang ajar dan kedai yang kotor. Biar KKM teliti mereka,” kata Mas Laili.

“Ia satu kemenangan besar untuk Kota Kemuning,” ujar Jonathan Chang.

“Rasanya ini berita terbaik 2023 untuk Kota Kemuning kan?” kata Anette Wong pula.

Setakat berita ini ditulis, ciapan Twitter Afiq itu telah di laman media sosial Twitter yang menerima perkongsian sebanyak 3,194 dan 4,396 tanda suka.

https://twitter.com/AfiqShari/status/1623293700192473088?s=20&t=XOe0WByEwrmxtCPyLFIIPw

Author

Pilihan Editor