HomeHiburanNetizen samakan busana Aina Abdul macam ‘loofah’, beri gelaran ‘Queen of Visual’

Netizen samakan busana Aina Abdul macam ‘loofah’, beri gelaran ‘Queen of Visual’

KEHANGATAN Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-37 yang berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil malam tadi, nyata menjadi satu lagi catatan sejarah buat industri muzik tanah air.

Ini kerana rata-rata peserta yang beraksi pada pentas berprestij itu memberi persembahan yang mantap dengan alunan muzik dibawa penuh emosi.

Malah, malam gilang-gemilang itu turut menyaksikan penyanyi versatile, Aina Abdul yang mempertaruhkan lagu ‘Terus Hidup’, dinobatkan juara AJL ke-37 sekali gus membawa pulang hadiah kemenangan bernilai RM100,000 berserta trofi.

Bukan itu sahaja, kelantangan vokal Aina turut membuka peluang buat dirinya merangkul anugerah vokal terbaik.

Lebih menjadi perhatian apabila penampilan Aina yang berbusana serba putih dengan prop di awanan biru membuatkan dia digelar ‘Queen of Visual’ dek kerana gaya pemakaiannya yang unik dan luar jangkaan umum.

Meninjau di media sosial, ada di antara warga maya yang menyifatkan pemakaian Aina pada malam berkenaan anggun seperti seekor ikan emas.

Malah, ada juga yang berseloroh menyifatkan inspirasi pemakaian Aina itu diambil menerusi ‘loofah bath ball’

https://twitter.com/KakLuq91/status/1624795975486414850

Bagaimanapun, rata-rata netizen amat berpuas hati dengan keputusan kemenangan anugerah berprestij itu dan gembira melihat usaha Aina Abdul dalam mencipta nama dalam industri muzik meraih hasil yang sewajarnya.

https://twitter.com/jichutie/status/1624814010477719552

https://twitter.com/safuanVB/status/1624797417853034497

https://twitter.com/fazaaisyaa/status/1624810372518621193

Keputusan AJL ke-37: 
Juara: Terus Hidup nyanyian Aina Abdul
Naib Juara: Suatu Malam Di Temasek nyanyian Joe Flizzow dan SonaOne
Tempat Ketiga: Kenangan Terindah nyanyian Alif Satar & The Locos
Vokal Terbaik: Terus Hidup nyanyian Aina Abdul
Persembahan Terbaik: Irama nyanyian Shiha Zikir
Anugerah Penyanyi Pilihan Alha Alfa: Khai Bahar

Author

Pilihan Editor