SHAH ALAM: Seorang pegawai penerbitan di universiti tempatan direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes mengemukakan dokumen tuntutan palsu berhubung projek pendidikan berjumlah kira-kira RM330,000, antara 2018 hingga tahun lepas.
Perintah reman terhadap wanita berusia 40 tahun itu dikeluarkan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali di Mahkamah Majistret di sini, selepas mahkamah membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Menurut sumber, suspek disyaki mengemukakan dokumen tuntutan palsu melibatkan sesuatu bayaran dengan menggunakan surat dan dokumen sokongan palsu bagi projek pendidikan.
Katanya, aktiviti dan tuntutan yang dilakukan tidak melibatkan kakitangan di bawah wanita itu.
Wanita berkenaan ditahan 4 petang semalam ketika hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Selangor. – BERNAMA