HomeHiburanSingle pop mesej sabar, duet Nora dan anak

Single pop mesej sabar, duet Nora dan anak

PETALING JAYA: Penyanyi hebat, Datuk Nora Ariffin, bakal melancarkan single duet dengan genre muzik pop, bersama anak gadisnya, Putri Dahlia, sebelum bulan puasa akan datang.

Sebagai penyanyi lama, Nora menumpang pasaran pendengar anak muda menerusi single mesej sabar, duet bersama Putri Dahlia, yang belum didedahkan tajuk lagunya.

Ia berikutan, Putri Dahlia yang trending di Spotify dan Youtube selepas melancarkan single, Old Love selepas dimuat naik di Spotify dan Youtube, tahun lalu.

Pelantun Naluri yang popular pada tahun 1996 itu berkata, kelebihan yang ada pada Putri Dahlia dalam nyanyian, mencipta lagu, tulis lirik dan terbitkan lagu persis arwah suami, Johan Nawawi membuka peluang untuk melebarkan lagi sayap karier seninya dengan single duet itu nanti.

“Saya akan keluarkan single terbaharu bersama anak, Putri Dahlia dan kita ambil peluang untuk melebarkan sayap dia sekarang, yang akan dilancar sebelum puasa.

“Tajuk lagu belum didedahkan, tapi ia menyampaikan mesej kena banyak bersabar. Genre muzik lebih kepada melodi pop, bukan balada bukan juga slow,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Pelancaran Single Al-Jawaher, ‘Bring Me Close To You’, lagu yang digubah Yazri Malik yang bakal didengar secara strim pada 17 Februari nanti.

Single terbaru Al-Jawaher ini merupakan initiatif secara tidak langsung dari Jamiyah Singapura bagi menyebarkan dakwah dan nasihat melalui seni muzik.

Ini merupakan kerjasama bersama Impact Music & Entertainment untuk ke persada pasaran antarabangsa.

Majlis dirasmikan oleh Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Tun Mohd Ali Mohd Rustam. Turut hadir, Presiden Jamiyah Singapura, Prof Adjunct Datuk Dr Mohd Hasbi dan Pengarah Strategi Marcom Jamiyah Suhaimi Yusof.

Pelantun lagu Di Persempangan Dilema, itu juga berkata, bakat Putri Dahlia banyak diwarisi daripada arwah suami, dan sedikit daripada dirinya.

Sebagai anak seni selama 30 tahun lalu, corak dalam industri hiburan nyanyian semakin berubah mengikut kesesuaian semasa, yang boleh popular secara mudah dan global.

“Artis sekarang beruntung kerana sudah ada platform lebih besar, berbanding dahulu di Malaysia, Singapura, Indonesia sahaja.

“Saya nampak, generasi muda sekarang ada kelebihan, boleh cipta lagu sendiri, tak susah macam dulu, pandai eksplorasi, ‘pattern’ dah lain, platfrom itu percuma, jadi gunakan sebaiknya,” katanya.

Author

Pilihan Editor