CYBERJAYA: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui dirinya masih kurang yakin apabila perlu berbicara dalam bahasa Inggeris khususnya ketika berada dalam negara.
Menurut Siti yang mesra dipanggil Tokti, meskipun mempunyai kelemahan untuk bertutur bahasa Inggeris namun, itu bukanlah perkara yang sewajarnya dianggap sebagai penghalang.
“Saya mungkin kurang confident, tapi sebenarnya saya mampu untuk bercakap bila saya berada di luar negara atau berada di orang-orang yang bukan kalangan orang Melayu yang suka judge kita.
“Memang saya akui untuk bercakap bahasa Inggeris dengan lancar, kita perlu keberanian dan juga kena training selalu, kena selalu bercakap bahasa Inggeris.
“Mungkin saya ni dibesarkan dalam keluarga yang memang tidak menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa percakapan dan di kalangan saya pun, saya dibesar dengan lebih kepada bahasa Melayu dan saya lebih senang berbahasa Melayu,” ujarnya menerusi perkongsian dalam sebuah video yang dimuat naik di TikTok rasmi Siti Zones.
Bagaimanapun, penyanyi yang popular dengan lagu Bukan Cinta Biasa itu turut berpesan supaya tidak putus asa dalam memperbaiki kelemahan diri.
“Jangan kata kita tak boleh cakap bahasa Inggeris, kita tak boleh pergi ke luar negara kita tak boleh ikut international, kita tak boleh terkenal.
“Tengok macam mana orang Jepun. Memang begitu memperkayakan bahasa Jepun dia, begitu advance lagi daripada kita negara timur.
“Orang barat pun banyak belajar dengan orang-orang Jepun, teknologi mereka. Tapi mereka masih berpegang pada bahasa ibunda. Itu salah-satu yang perlu kita kadang-kadang kita kena respect juga.
“Jangan nak bangga sangat bila kita cakap bahasa Inggeris orang lain tak boleh cakap bahasa Inggeris, kita perkecilkan. Tak salah kalau kita silap tata bahasa ke ada grammars problem ke tak mengapa. Bila orang tegur kita belajar,” ujarnya.
@sitizones.official #world #foryoupage #malaysia #fyp #no1 #sitizone #ctdk #sitinurhalizagallery #datositinurhaliza #sitizoner #sitinurhaliza #tokti #bakatsiti #muziumsiti #vokalsiti #biduanita #biduanitasitinurhaliza #english #speaking