HomeSukanE-sukan“Soloz nak tamatkan karier sebagai juara” - Daddyhood

“Soloz nak tamatkan karier sebagai juara” – Daddyhood

PENGUMUMAN Soloz sebagai pemain keenam Homebois bukanlah bertujuan untuk  ‘marketing’ akan tetapi, Soloz mempunyai misi dan sebab tersendiri yang membuatkan dia kembali ke arena kompetitif permainan Mobile Legends Bang Bang (MLBB).

Pengasas Homebois, Nureddy Nursal atau lebih dikenali sebagai Daddyhood menegaskan bahawa pengambilan personaliti e-sukan nombor satu Malaysia ke dalam pasukan itu bukanlah untuk ‘marketing’ pasukan itu semata-mata. 

Dalam satu video di laman sosial, Daddyhood menjelaskan Soloz masih mempunyai impian yang masih belum dicapai sebagai pemain kompetitif.

 “Kami ada berbincang mengenai perkara ini ketika berada di Jakarta lagi (Januari lalu).

“Selesai sahaja Soloz menghadiri satu sesi temu bual EMPETALK, dia berkata kalau boleh dia mahu mengakhiri kerjaya e-sukannya sebagai juara. 

“Kalau boleh dia nak tamatkan karier sebagai juara, Soloz ada satu urusan yang belum diselesaikan ketika dia berada di AirAsia Saiyan,” kata Daddyhood di dalam video tersebut.

Sumber : Instagram Homebois

Soloz juga berhasrat untuk bermain dalam Kejohanan Mobile Legends Asia Tenggara (MSC) sekali lagi, lapor WTM Today. 

Sebelum ini, Soloz pernah mewakili Malaysia di Sukan SEA 2019 dan berjaya membawa pulang pingat gangsa. 

Author

Pilihan Editor