BANGI: Jenama Wawa Cosmetics rangkaian pelindung kulit dari sinaran matahari, Wawa Perfect Brightening Sunscreen disahkan mempunyai kandungan PA iaitu pelindung kulit dari sinar ultraviolet antikedut (UVA).
Usahawan selebriti dan pengasas Wawa Cosmetics, Wawa Zainal menjelaskan produk Wawa Sunscreen bukan sahaja mempunyai kandungan faktor perlindungan matahari (SPF) tinggi, tetapi juga ada PA (perlindungan UVA) tahap paling tinggi.
Katanya, pengeluaran ‘batch‘ pertama bagi produk berkenaan mengandungi kedua-dua bahan itu namun hanya tidak dilabel PA.
“Sebenarnya, produk kita ada PA++++, empat kali ‘plus’ (tahap paling tinggi), kita ada pelindung untuk UVA (elak kedut, kanser, kusam) dan UVB (elak kesan terbakar dan kemerahan).
“Pembungkusan sebelum ini tidak ada label itu (PA) tetap selepas kita hantar ujian makmal, SIRIM, dan ternyata ianya ada kandungan PA++++, dan itulah kita keluarkan pembungkusan label yang baharu,” katanya kepada media baru-baru ini.
Wawa berkata demikian bagi mengulas dakwaan tiada label PA pada produk berkenaan yang didakwa boleh menyebabkan risiko kanser kulit.
Terdahulu, Wawa atau nama sebenar, Siti Hawa Zainal Abidin, meraikan Leaders dan Resellers Wawa Cosmetics dengan tema Bollywood Wawa Glamourous Bolly Night & Awards di Hotel Tenera, di sini, malam tadi.
Hadir memeriahkan majlis, pelakon dan penyanyi, Kilafairy serta penyanyi sensasi TikTok, Putribollycover.
Pada majlis sama, Wawa turut melancarkan produk baharu True Love Lip Care mengandungi produk Lip Treatment dan Lip Matte dengan tekstur ringan untuk bibir kekal hidrasi, lembut dan licin sepanjang hari, dalam bungkusan kotak mewah, sempena hari ulang tahun Wawa dan pasangan romantisnya, Aeril Zafril yang ke 12 tahun.
Sementara itu di TikTok, Aeril turut meninggalkan komen balas kepada seorang pengguna akaun, Skinteki, yang memuatnaik video tular mendakwa Wawa Sunscreen tidak mempunyai kandungan PA.
Katanya, produk ‘sunscreen‘ Wawa sudah lama mengandungi kandungan PA namun label berada di bahagian belakang produk.
Katanya, untuk pembungkusan label baharu, pihaknya telah mengalihkan label PA ke bahagian hadapan produk supaya memudahkan pelanggan memahami kandungan di dalamnya.