HomeHiburanZara Zya tak kisah kena kecam gara-gara 'cucuk' muka

Zara Zya tak kisah kena kecam gara-gara ‘cucuk’ muka

CYBERJAYA: Pelakon, Zara Zya mengaku mengambil suntikan wajah dan bibirnya selepas diasak dengan pelbagai soalan berkaitan rupa parasnya sejak kebelakangan ini.

Jelas Zara atau nama sebenarnya, Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 37, suntikan itu diambil susulan perubahan hormon dan faktor usianya yang makin meningkat.

Tambah pelakon yang popular dengan drama rantaian ‘Risik Pada Hati’ itu, dia tidak kisah sekiranya dikecam netizen akan isu berkenaan.

“Saya tidak kisah dan terpulang, lagipun saya rasa ramai sahaja yang buat. Terpulang pendapat masing-masing, mungkin orang itu tak ditawarkan peluang seperti ini, tapi bila dah ada peluang, mungkin dia juga sama nak mencuba.

“Di media sosial, orang boleh cakap apa saja. Nak buat atau tidak, itu terpulang. Macam saya, saya seorang selebriti, sudah pasti saya kena jaga penampilan secara keseluruhan dan apa yang boleh saya katakan, ia rutin bagi selebriti.

“Lagipun apa sahaja yang saya buat tetap ada kecaman dan tilikan. Kadang-kadang dalam video yang saya muat naik pun kita rasa tak ada apa-apa, tapi mata netizen tajam.

“Bagi saya, selagi perkara itu baik untuk diri saya, saya tak kisah apa orang nak cakap.

“Saya tak kisah orang nak kecam, saya tetap dengan diri saya dan akan jaga diri saya sebaik mungkin. Terima kasih kerana ambil tahu,” katanya seperti dilapor portal Hotfm.
Pada masa sama, Zara tidak menolak dakwaan bahawa ada beberapa klinik estetik yang tampil menaja untuk melakukan suntikan dan ‘membaik pulih’ wajahnya.

Namun, ia bukanlah proses yang rumit kerana Zara menjelaskan suntikan tersebut lebih kepada suntikan vitamin sahaja.

“Sejujurnya, memang ada beberapa klinik yang menaja untuk saya membuat rawatan muka. Lagipun saya dah semakin meningkat usia, jadi timbul kedutan dan saya ada suntik sedikit. Tapi ia lebih kepada suntikan vitamin untuk menjadikan kulit tampil tanpa cela.

“Kalau dulu susah nak jumpa klinik estetik yang sesuai, jadi bila ada peluang, apa salahnya? Tapi ia lebih kepada vitaminlah. Sama juga macam bibir, kadang-kadang bibir jadi gelap, jadi yang ini dia memberikan kesan tegang. Apabila ia tegang, ia menjadi lebih gebu dan berwarna kemerah-merahan,” ujarnya.

Author

Pilihan Editor