HomeHiburanZara Zya ‘tunang’ Alha Alfa?

Zara Zya ‘tunang’ Alha Alfa?

 

CYBERJAYA: Hangat diperkatakan di media sosial berhubung foto pelakon, Zara Zya yang dilihat manis berbusana putih disarungkan cincin oleh seorang wanita.

Foto yang tersebar di alam maya itu sehingga kini menjadi persoalan buat warga maya sama ada status Zara Zya atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd. Zainuddin, 38, kini bergelar tunangan orang.

Foto yang tular di media sosial sejak semalam menyaksikan Zara Zya disarungkan cincin oleh seorang wanita

Lebih menarik perhatian apabila ada suara yang beranggapan pelakon popular dengan drama rantaian ‘Risik Pada Hati’ itu menjalin hubungan cinta dengan usahawan kosmetik, Datuk Alha Alfa.

Bagaimanapun, Zara menjelaskan bahawa hubungannya bersama Alha cuma sekadar kawan.

“Kami memang BFF (Best Friend Forever). Memang tiada apa-apa ikatan istimewa.

“Tetaplah berteka-teki. Tetaplah bersabar. Insya-Allah. Pasti ada (jodoh). Ada masa nanti, saya akan kongsikan.

“Dia bukan pasal usia dah nak 40 tahun. Rumah tangga ini tentang sama ada kita dah bersedia atau tidak, itu sahaja,” katanya seperti dilapor Kosmo hari ini.

Untuk rekod, Zara Zya sebelum ini pernah bertunang dengan pelakon, Hafreez Adam pada 12 Oktober 2019.

Namun, ikatan pertunangan mereka terlerai sebulan selepas tarikh pertunangan atas faktor tertentu dan dianggap tidak ada jodoh.

Author

Pilihan Editor