TEHRAN: Sambutan Chaharshanbeh Soori atau Pesta Api di Iran meragut sekurang-kurangnya 15 nyawa dan mencederakan lebih 2,500 yang lain.
Ketua pusat kecemasan Tehran, Yahya Saleh-Tabari pada petang Selasa berkata, kebanyakan yang terkorban dilaporkan di wilayah Tehran, Hamedan, Azarbaijan Barat dan Qazvin.
Menurut pusat maklumat itu, 11 orang dirawat di unit rawatan rapi.
Media Iran, IRNA melaporkan sambutan itu juga menyebabkan 86 mangsa dipotong anggota badan atau menjadi buta manakala 130 yang lain melecur.
Ia berkata, terdapat beberapa orang menggunakan bahan letupan untuk meraikan acara itu. – BERNAMA-IRNA