CYBERJAYA: Walaupun namanya sudah popular di Malaysia, namun penyanyi dan pelakon, Alif Satar masih tidak lupa asal-usul dirinya.
Baru-baru ini, Alif, 33, berkongsi kisah kehidupannya sewaktu kecil yang membesar di kawasan perumahan flat.
Menurut pelakon filem Pulau itu, hampir tujuh tahun dia dibesarkan dalam persekitaran sedemikian.
“..Alif adalah salah seorang ‘budak flat’ ni ha.. Blok E1, Wangsa Maju Seksyen 2.
“We lived here from 1990 sampai darjah 1 sampai 1997 then my parents moved to UK sebab dia orang dapat scholarship sambung belajar sana.
“Balik dari UK, kami duduk balik Wangsa Maju sampai tahun 2000. Beb, kat sinilah Alif membesar waktu kecil dulu,” tulisnya di Instagram.
Dalam pada itu, Alif turut mengakui bahawa pengalaman membesar di kawasan flat itu amat bermakna lebih-lebih lagi dikurniakan jiran tetangga yang baik-baik belaka.
Alif turut berpesan supaya tidak melupakan asal usul meskipun seseorang itu sudah mencipta nama gah di persada dunia.
“Doesn’t matter how high your soar, never forget your roots.Â
“Hormat orang tua, hargai cikgu-cikgu, appreciate and remember the people who got you there along the way,” titipnya ringkas.