HomeSukanE-sukanDua pemain profesional DOTA 2 Malaysia antara 46 orang yang diharamkan bertanding...

Dua pemain profesional DOTA 2 Malaysia antara 46 orang yang diharamkan bertanding selamanya

PERFECT World dan Valve telah mengumumkan senarai seramai 46 pemain profesional Dota 2 yang diharamkan untuk menyertai Dota Pro Circuit (DPC) kerana melanggar integriti yang akan merosakkan prinsip fairplay ini termasuk penggunaan cheat dan pengaturan perlawanan.

Beberapa pemain dari EHOME dan Knights turut terlibat dalam larangan tersebut. Dalam senarai itu turut merangkumi dua pemain Malaysia iaitu AlaCrity dan FelixCiaoBa, masing-masing merupakan pemain dari pasukan Knights. 

Kedua-dua pemain tersebut telah dilarang selama-lamanya daripada menyertai acara rasmi Valve dan Perfect World. Mereka berdua merupakan pemain profesional Dota 2 Malaysia yang popular dalam kalangan peminat.

Dalam senarai 46 orang pemain yang dilarang, terdapat 21 pemain yang dilarang selama-lamanya, 13 pemain dilarang selama dua tahun, dan 12 pemain dilarang selama  setahun.

Author

Pilihan Editor