HomeHiburanFattah Amin lancar lima lagu zikir sempena Ramadan

Fattah Amin lancar lima lagu zikir sempena Ramadan

 

CYBERJAYA: Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, penyanyi, Fattah Amin tampil dengan lima buah lagu zikir eksklusif yang boleh dihayati menerusi aplikasi Mukmin Pro.

Menurut Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 32, ini merupakan satu penghargaan buatnya kerana dapat mengalunkan zikir menerusi aplikasi berkenaan.

Malah, pelakon filem Mat Kilau itu turut berharap alunan zikir-zikir tersebut dapat memberikan ketenangan buat mereka yang mendengarnya sepanjang bulan Ramadan ini.

“Saya bersemangat untuk berkongsi lagu-lagu zikir ini dengan peminat dan komuniti Muslim yang lebih luas.

“Ia merupakan penghormatan untuk melagukan zikir ini secara eksklusif di aplikasi Mukmin Pro dan saya berharap ia dapat membawa ketenangan dan kedamaian kepada semua,” katanya seperti dilapor mStar.

Lima trek zikir yang dilancarkan Fattah baru-baru ini berjudul Iktiraf, Taubat Nasuha, La Hawla wa la Quwwata illa billah, Rabbi Yassir, dan Zikir Fatimah.

Kesemua alunan zikir itu boleh dihayati menerusi Spotify, Apple Music dan YouTube mulai minggu pertama Ramadan.

Author

Pilihan Editor