HomeSukanHaaland atasi rekod Messi dengan lima gol di Liga Juara-Juara

Haaland atasi rekod Messi dengan lima gol di Liga Juara-Juara

ERLING Haaland mencipta rekod baharu Liga Juara-Juara selepas menjaringkan lima gol ketika menentang RB Leipzig dalam perlawanan timbal balik UCL di Stadium Etihad awal pagi tadi. 

Pemain dari Norway itu berjaya menjaringkan gol pada minit ke-22 apabila VAR memberikan sepakan penalti selepas bola terkena tangan pemain Leipzig Benjamin Henrichs. 

Pada minit berikutnya, Haaland menjaringkan gol apabila sepakan Kevin De Bruyne terkena tiang dan mudah disempurnakan olehnya.

Sebelum tamat separuh masa pertama, Haaland menyempurnakan malam gemilangnya dengan hattrick selepas mudah memasukan bola ke dalam gawang hasil tandukan Ruben Dias yang terkena tiang. 

https://twitter.com/ChampionsLeague/status/1635774762906537984?s=20

Penyerang itu menjaringkan satu lagi gol pada separuh masa kedua, apabila sepakan sudut City selepas beberapa tepisan dibuat oleh Blaswich dan jatuh di atas kakinya untuk menjaringkan gol keempat buat dirinya.

Selang empat minit kemudian, Haaland sekali lagi menjaringkan satu gol lalu melengkapkan persembahan lima bintang menentang Leipzig dan diakhiri dengan keputusan 7-0. 

Haaland telah mencipta 30 gol dalam 25 perlawanan, ia lebih cepat daripada mana-mana pemain dalam sejarah pertandingan.

Malah, dia juga pemain yang paling muda mencatat rekod ini pada usia 22 tahun dan 236 hari.

Sebelum ini, rekod tersebut dipegang oleh Ruud van Nistelrooy dan Lionel Messi.

 

Author

Pilihan Editor