HomeHiburanIbu Syamsul selami derita Sarah, berhak buat keputusan

Ibu Syamsul selami derita Sarah, berhak buat keputusan

KUALA LUMPUR: Ibu pengarah sensasi, Datin Patimah menyerahkan keputusan kemelut rumahtangga anaknya, Syamsul Yusof dan menantunya di tangan Puteri Sarah Liyana.

Patimah dalam hantaran terbaharu di Instagram miliknya, membuat kenyataan dengan berharap Puteri Sarah berdamai dengan bersyarat dalam kemelut rumah tangga berkenaan, namun menyerahkan keputusan sendiri bersama harta paling berharga paling di dunia, iaitu anak-anaknya.

“Assalam, jangan buat spekulasi! Kami mohon Puteri Sarah berdamai dengan bersyarat tapi dia berhak membuat keputusan sendiri untuk meneruskan kehidupannya bersama anak-anak,” tulisnya.

Dalam akaun sama, Patimah turut memuat naik hantaran di Instastories, menzahirkan rasa penderitaan ditanggung menantunya itu ketika ini.

Patimah dan suaminya yang juga pengarah terkenal tanah air, Datuk Yusof Haslam turut menyatakan bahawa Puteri Sarah Liyana adalah menantunya dunia dan akhirat.

“Puteri Sarah Liyana, mama dan papa amat memahami derita yang ditanggung, Sarah berhak membuat keputusan sendiri. Harta paling berharga adalah Syaikhul dan Sumayyah. Mama tetap doakan kebahagian Sarah. Puteri Sarah menantu kami dunia akhirat,” katanya.

Dalam pada itu, Puteri Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Megat Kamaruddin berkongsi posting terbaharu di Instagram dengan mengucapkan syukur diatas rasa kesedihan dan kekecewaan disebabkan manusia. Ia membuatkannya berasa lebih dekat dengan Allah SWT

Puteri Sarah dilaporkan masih konsisten dengan pendiriannya untuk bercerai, punca proses damai dengan Syamsul gagal menemui noktah.

Proses berdamai dengan Syamsul tidak selesai menerusi Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) di Jabatan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sini.

Author

Pilihan Editor