CYBERJAYA: Umum mengetahui bahawa kelab pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sentiasa menunjukkan prestasi yang mantap.
Bagaimanapun, baru-baru ini jersi Nike yang diperkenalkan kelab itu bagi musim 2023 dinobatkan sebagai jersi terburuk untuk bulan Februari 2023.
Perkara itu tercatat hasil undian peminat sebanyak 39.8 peratus, selain reka bentuknya, peratusan tertinggi itu juga mungkin disebabkan kecenderungan peminat kelab lawan mengambil kesempatan di atas undian yang dijalankan oleh portal sukan antarabangsa, Footy Headlines.
Manakala jersi RKC Waalwijk (Stanno) berada di kedudukan kedua dengan 24.1 peratus manakala Macron disarung Basel di tempat ketiga dengan undian sebanyak 16.9 peratus.

Sebanyak 20 jersi pasukan tersenarai sebagai jersi paling buruk dan undian dijalankan oleh Footy Headlines sehingga 10 Mac lalu bagi mencari tiga yang terburuk.
Antara jenama besar yang tersenarai termasuk Adidas dan Nike manakala jenama sukan popular lain antaranya Macron, Stanno dan Uhlsport.