HomeBeritaPolitikNoraini Ahmad sahkan pertahan jawatan Ketua Wanita UMNO

Noraini Ahmad sahkan pertahan jawatan Ketua Wanita UMNO

 

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Noraini Ahmad hari ini mengesahkan beliau mempertahan jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO.

Noraini menerusi hantaran Facebooknya, menzahirkan ucapan terima kasih kepada Wanita UMNO seluruh negara yang menyokong beliau sebagai ketua sayap itu dalam pemilihan parti.

“Alhamdullillah. Segala puji hanya bagi Allah SWT. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Wanita UMNO di seluruh negara serta sahabat #SusahSenangBersama di atas sokongan dan kepercayaan kepada saya sebagai Ketua Wanita UMNO Malaysia.

“Ayuhlah, bersama kita meneruskan pemerkasaan Wanita untuk ke tahap lebih tinggi menjadi realiti!” katanya.

Noraini menewaskan pencabar Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, yang membuat kemunculan semula setelah melepaskan jawatan itu pada 2018.

Keputusan rasmi pemilihan itu dijangka akan diumum Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU), Tan Sri Shahrir Samad setelah selesai proses perkiraan undi dan penelitian dijalankan, hari ini.

Pemilihan UMNO akan berakhir pada 18 Mac 2023 dengan berlangsungnya Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama Pemilihan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO. -BERNAMA

 

Authors

Pilihan Editor