HomeBeritaLebih 4,000 mahasiswa serbu Anwar di Uniten

Lebih 4,000 mahasiswa serbu Anwar di Uniten

 

CYBERJAYA: Kemunculan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sekitar Universiti Tenaga Nasional (Uniten) hari ini nyata menjadi tumpuan sehingga hampir 4,000 jemaah terdiri daripada mahasiswa dan kakitangan universiti hadir mengimarahkan solat Jumaat di masjid Uniten, hari ini.

Solat Jumaat itu turut disertai Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad; Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad, Datuk Ir. Baharin Din dan Naib Canselor Uniten, Prof. Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman.

Anwar dilaporkan tiba di Uniten kira-kira pukul 1 petang tadi.

Beliau beramah mesra bersama kakitangan dan mahasiswa sekali gus menikmati makan tengah hari bersama-sama mereka dengan hidangan sup tulang dengan nasi putih di Medan Selera UPTEN, Kajang, lapor Kosmo.

Usai makan tengah hari, Anwar menunaikan solat Jumaat di Masjid Universiti Tenaga Nasional yang diimamkan pelajar tahfiz Uniten, Muhammad Fadzreen Muhamad Fadzil dan khutbah disampaikan pensyarah tahfiz, Amaluddin Arshad berjudul ‘Tauliah Mengajar Suatu Keperluan’.

Author

Pilihan Editor