HomeHiburanShiha Zikir buka kedai nasi ayam di Kg Baru, jemput peminat datang...

Shiha Zikir buka kedai nasi ayam di Kg Baru, jemput peminat datang 16 Mac ini

CYBERJAYA: Penyanyi dan pelakon, Shiha Zikir baru-baru ini membuat kejutan dengan memaklumkan bahawa akan membuka sebuah restoran nasi ayam pada 16 Mac ini.

Menerusi hantaran di TikTok, Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir, 36, mengatakan bahawa kedai makan yang diberi nama ‘Shiha Zikir Nasi Ayam’ itu akan dibuka di sekitar Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Dalam video tersebut, penyanyi lagu ‘Irama’ itu turut memaparkan suasana persiapan di kedainya yang hampir siap sepenuhnya.

“Hari ni saya ada bersama orang hebat yang sedang fokus menyiapkan lukisan saya. Alhamdulillah, saya rasa memang dah betul-betul siap dah pun cuma, tunggu masuk perabot,” katanya.

“Korang please kita jumpa dekat Shiha Zikir Nasi Ayam yang terletak di Kampung Baru pada 16 Mac, okay? Korang dah boleh datang dah.

“Insya-Allah saya cuba bagi yang terbaik untuk semua orang selesa dekat sini. So, jumpa nanti!,” ujanya dalam video berkenaan.

https://www.tiktok.com/@shihazikir/video/7207807550950067482?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7206178105420596737

Author

Pilihan Editor