HomeHiburanRasa sayang 50-50, saya masih ‘single’ – Hafidz Roshdi

Rasa sayang 50-50, saya masih ‘single’ – Hafidz Roshdi

 

SHAH ALAM: “Saya masih ‘single‘ dan ‘available‘. Jika bercerai, saya masih ‘single‘ dan tak berkahwin lagi.”

Itulah yang diungkap pelakon, Hafidz Roshdi, 29, bagi mengulas tuduhan bekas isterinya, Nurul Shuhada, 29, yang mendakwanya berkahwin dua menerusi surat terbuka yang dimuat naik dalam laman sosial pada 11 Mac lalu.

“Tuduhan kahwin kali kedua tidak betul. Itu semua fitnah,” katanya seperti dilapor Berita Harian hari ini.

Ditanya sama ada akan rujuk semula bersama dengan Nurul Shuhada, Hafidz mengatakan dia hanya mampu berserah soal jodoh kepada takdir.

“Tengok jodoh macam mana. Rasa sayang 50-50,” kata Hafidz.

Hafidz ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, selepas prosiding bagi pengesahan lafaz cerai, pagi tadi.

Terdahulu, peguam yang mewakili Hafidz, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, pihak plaintif menyatakan tuntutan lain dengan adanya lafaz cerai yang berlaku pada 22 Januari lalu, justeru mereka perlu menunggu keputusan mahkamah untuk keputusan kedua-dua lafaz cerai.

“Kita tunggu mahkamah putuskan mengenai kedua-dua lafaz ini,” katanya yang turut ditemui bersama Hafidz selepas berakhirnya prosiding berkenaan.

Sebelum ini, menerusi kenyataan balas terhadap surat terbuka dimuat naik Hafidz dalam Instagram, Nurul Shuhada mendakwa Hafidz berkahwin tanpa izinnya.

“Saya tidak lagi boleh berdiam. Saya terasa dikhianati, semuanya berlaku tanpa pengetahuan saya.

“Tetapi dengan pengetahuan keluarga Hafidz iaitu membenarkan Hafidz berkahwin tanpa izin saya,” katanya.

Nurul Shuhada berkata, luahan dimuat naik rentetan surat terbuka Hafidz dibuat bagi melindungi diri dan dua cahaya matanya.

Untuk rekod, Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata, Humairah, 6 dan Umar, 2.

Author

Pilihan Editor