HomeGaya Hidup5 cara elak makan berlebihan di Aidilfitri!

5 cara elak makan berlebihan di Aidilfitri!


HARI Raya Aidilfitri merupakan antara perayaan yang paling dinanti-nantikan umat Islam setelah menunaikan ibadah puasa selama sebulan.

Sambutan Aidilfitri tentunya lebih meanarik apabila pelbagai hidangan juadah yang enak disajikan seperti rendang, lemang, ketupat, lontong, kuih-raya dan banyak lagi.

Pasti ramai yang ‘tewas’ saat melihat aneka makanan ini dihidangkan pada hari lebaran sehingga ada yang sedar tak sedar makan berlebihan.

Justeru, kali ini MEDIA VARIASI nak kongsikan lima tips buat anda kekal sihat tanpa menyeksa diri menahan nafsu godaan makanan di hari raya! 

 

1. Elak minuman manis

Fruits Mojitos
Photo by Kobby Mendez on Unsplash

Seeloknya selepas kita makan makanan berminyak, elakkan minuman manis, apatah lagi minuman bergas.

Banyakkan meminum air kosong kerana ia bukan sahaja sihat malah lebih berkesan untuk menghilangkan dahaga.

 

2. Jauhi makanan

Setelah selesai makan, segeralah beredar dari meja yang dipenuhi makanan tersebut.

Psikologi ada menyatakan, apabila asyik melihat makanan, anda akan rasa mahu makan walaupun perut sudah kenyang. 

 

3. Kawal ‘portion’ hidangan

Sekiranya anda menghadiri rumah terbuka, digalakkan untuk mengawal portion hidangan.

Tidak salah untuk rasa semua hidangan yang disediakan tetapi ambillah dalam jumlah yang sedikit sekadar buat rasa di mulut dan bukan untuk mengenyangkan. 

 

4. Senaman ringan

Walaupun ia nampak mudah tapi apabila perut sudah kenyang kita akan rasa malas nak bergerak dan baring.

Seeloknya kita amalkan berjalan dari rumah ke rumah supaya dapat membakar sedikit kalori selepas makan pelbagai hidangan juadah raya.

 

5. Elakkan makan bahagian daging berlemak

Walaupun bahagian itu merupakan yang tersedap tapi kita harus ingat ia boleh menjadikan lemak tepu dalam tubuh kita.

Sebaiknya makanlah bahagian daging yang memang daging dan kurangkan makanan bahagian berlemak. Barulah puas hati dan sedap.

Walaupun ia agak sukar untuk mengikuti langkah ini kerana hanya setahun sekali kita merayakan Aidilfitri, tetapi cubalah untuk mengawal sejauh mana yang boleh supaya badan kita kekal sihat dan bertenaga.

Di kesempatan ini, MEDIA VARIASI ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua pembaca yang dikasihi. Ingat ya, jaga pemakanan anda! 

Oleh: AIN JAPRI (Pelatih USM)

Authors

Pilihan Editor