HomeHiburanEmpat bulan Farid tak bagi nafkah, kos ‘trip Mekah’ saya tanggung satu...

Empat bulan Farid tak bagi nafkah, kos ‘trip Mekah’ saya tanggung satu keluarga – Diana Danielle

 

CYBERJAYA: Pelakon, Diana Danielle hari ini membuat pendedahan bahawa suaminya, Farid Kamil sudah hampir empat bulan tidak memberi nafkah kepadanya sekeluarga.

Menerusi perkongsian di InstaStori, Diana dilihat seperti melepaskan amarahnya terhadap Farid dan menyifatkan lelaki itu seorang ayah yang panas baran.

Malahan, Diana turut mengatakan bahawa kos perjalanan mereka sekeluarga ke Mekah sebelum ini dibiayai dirinya sendiri.

“Bulan ni dah masuk empat bulan tak bayar nafkah.

“Trip ke Mekah, saya bayar untuk semua empat beranak. Saya tak harap pun dia (Farid) bayar balik sebab dah biasa bila saya keluarkan duit untuk apa-apa, selagi tak ingatkan dia pun takkan ingat nak ganti balik.

“Dia boleh beli kereta baru, beli cincin berapa ribu (ganti cincin kahwin hilang tu) dan apa lagilah, tapi nafkah dan hutang masih tergantung,” tulisnya.

Dalam pada itu, Diana turut menegaskan bahawa tindakan Farid dalam mendidik anaknya, Aurora berhubung kejadian memetik cili di rumah jiran tanpa kebenaran itu adalah suatu hal yang tidak wajar.

Katanya, cara didikan Farid yang membabitkan ‘dera emosi’ itu membuatkan Aurora menggigil ketakutan dengan ayahnya sendiri.

“Aurora tak sengaja. Didik anak jangan sampai dera emosi. It was the first time ever, dan dia tak tahu petik cili dianggap mencuri, bukan dia niat mencuri.

“Dengan keadaan dia (Farid) yang tak boleh kawal emosi, saya terpaksa call polis untuk keluar dari rumah sebab tak tahu apa lagi yang akan berlaku esoknya, dia dah ugut nak sambung hukuman dan pukul Aurora. Cukup! Kalau dah dua hari tu pun tak berhenti baran tanpa sebab dekat anak.

“Saya tahu dia tertekan bila saya minta cerai dua hari sebelum tu. But leave the kids alone,” ungkapnya.

Untuk rekod, Diana memfailkan permohonan cerai pada 10 Mac lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Alasan yang diberikan oleh pelakon Imaginur itu dalam permohonannya ialah tiada persefahaman, telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan) dan tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri.

Author

Pilihan Editor