HomeSukanGraham Potter 'bercerai' dengan Chelsea

Graham Potter ‘bercerai’ dengan Chelsea

CHELSEA mengesahkan pemecatan ketua jurulatih mereka, Graham Potter pada Ahad selepas hampir tujuh bulan memegang jawatan itu.

Chelsea telah jatuh ke tangga ke-11 Liga Perdana selepas tewas di lama sendiri kepada Aston Villa dengan jaringan 2-0 pada Sabtu lalu.

Kekalahan di tangan Aston Villa merupakan kekalahan ke-11 Potter dalam 31 perlawanan sejak mengambil alih tugas daripada Thomas Tuchel pada September. 

The Blues turut mengesahkan bahawa Bruno Saltor sebagai jurulatih sementara pasukan. 

Potter yang berada di bawah tekanan sekian lama tidak memberi keputusan yang positif pada setiap perlawanan meskipun pemilik baharu Chelsea telah membelanjakan lebih daripada £550 juta untuk membawa masuk pemain baharu sejak Mei lalu.

Perkara itu termasuk memecahkan rekod perpindahan dengan menandatangani pemain tengah, Enzo Fernandez dari Benfica dengan harga £106.8 juta pada dua bulan lalu. 

Author

Pilihan Editor