HomeHiburanIsteri Hafidz Roshdi pasang hasrat sambung belajar luar negara 

Isteri Hafidz Roshdi pasang hasrat sambung belajar luar negara 

 

CYBERJAYA: Meskipun kemelut rumah tangga pelakon, Hafidz Roshdi masih belum menemui titik noktah, kini isterinya, Shuhada meluahkan hasrat menyambung pengajian ke luar negara jika biasiswa yang dipohonnya mendapat kelulusan.

Shuhada atau Nurul Shuhada Mat Shukri, 30, berkata. dia tidak mahu menjadikan keadaan dirinya yang berbadan dua atau anak-anak sebagai penghalang bagi menggapai cita-cita.

“Mungkin dulu saya mengikut perintah suami, namun kini tiba masanya saya ingin mengejar cita-cita yang sudah lama tertangguh. Malah, sekiranya permohonan untuk mendapatkan biasiswa lulus, saya akan bawa anak-anak bersama.

“Rakan-rakan yang mengenali saya dulu pasti ingat bagaimana saya sedang hamil membawa perut ke kelas. Jadi, jika saya meletakkan hasrat untuk membuat sesuatu, pastinya saya tekad.

“Saya pasti semua yang terjadi ada hikmahnya, namun sekiranya saya diberikan peluanh untuk menyambung pelajaran, pastinya saya tidak mensia-siakan peluang itu,” katanya.

Tambah Shuhada, jika ada yang ingin menaja pengajiannya itu, sudah pasti dia akan menerima dengan tangan terbuka.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6; dan Umar, 2. 

Oleh: AIN JAPRI (Pelatih USM)

Author

Pilihan Editor