“Setiap generasi mempunyai satu detik untuk mereka mempertahankan demokrasi. Untuk mempertahankan kebebasan asasi mereka. Saya percaya ini detik kita. Itu sebab mengapa saya akan bersaing untuk dipilih semula sebagai Presiden Amerika Syarikat. Sertai kami. Kita bereskan tugas itu,” kata Biden menerusi Twitter.
Tarikh pilihan raya presiden dan bagi kebanyakan ahli Kongres AS adalah pada 5 November 2024.
Sebagai anggota Parti Demokrat, Biden berkhidmat selama 36 tahun sebagai Ahli Senat dan lapan tahun selaku naib presiden sewaktu Barack Obama menjadi presiden.
Beliau ketika ini adalah presiden paling tua dalam sejarah dan Biden akan berusia 86 tahun apabila penggal keduanya tamat.
Pada 2020, Biden menewaskan calon Republikan Donald Trump yang ketika ini sudah pun mengumumkan hasratnya untuk kembali mengisi Rumah Putih.
Pada hari pemilihan 2024, Trump akan menginjak usia 78 tahun – sama denga usia Biden ketika beliau dilantik menjadi presiden. – BERNAMA