CYBERJAYA: Tindakan seorang pengguna akaun TikTok, @a._.aiman yang memuat naik sebuah video memaparkan lightstick dari kebanyakan kumpulan Pop Korea atau Kpop mendapat perhatian pengguna akaun Twitter.
Menurut seorang pengguna akaun Twitter, @yuuzulth, kebanyakan lightstick yang ditunjukkan dalam video itu bukanlah kepunyaan lelaki terbabit.
“Kebanyakan bukan milik kau, pemiliknya nak balik tapi kau berani block dia, Lmao,” tulisnya.
Tweet tersebut dibanjiri dengan komen dari peminat Kpop mengatakan tindakan yang dilakukan itu adalah tidak matang.
“Kalau tak ada duit nak beli, buatlah cara tak ada duit, bukan meminjam orang punya lepastu claim sendiri punya b*d*h ke.
“Ada juga eh orang baik hati bagi pinjam. Kalau aku is a big no, mahal kot beli,” tulisnya
Pada masa sama, seorang lagi pengguna Twitter menerusi akaun @feaaaaaaaaaa_co, meluahkan ketidakpuasan hatinya selepas pemilik akaun TikTok itu bertindak untuk mendiamkan diri apabila dia meminta kembali barang tersebut.
“I kalau boleh nak bincang elok-elok dan ambil semula semua lightstick I tanpa ada kekecohan.
“As you alert kita ada perjanjian dengan semua lightstick tapi kalau masih dia nak buat perangai, aku tak akan teragak-agak buat tindakan yang lebih keras,” ujarnya.
Oleh: AIN JAPRI (Pelatih USM)