HomeHiburanIsteri tampil ‘freehair’, Haqiem Rusli enggan komen

Isteri tampil ‘freehair’, Haqiem Rusli enggan komen

CYBERJAYA: Isteri kepada penyanyi, Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea dilihat hanya mengenakan selendang yang menampakkan sebahagian rambut pada hari raya pertama.

Lebih mengejutkan, Anis atau Wan Anis Sofea Wan Zamzuri, 21, berkongsi gambar hari raya kedua di akaun Instagram miliknya tanpa mengenakan sebarang hijab di kepalanya.

Sementara itu, Haqiem atau Ridzuan Haqiem Rusli, 24, tampil memohon maaf kerana tidak dapat mengulas lanjut berhubung isu berkenaan.

“Maaf untuk soalan itu saya tidak boleh jawab.

“Saya minta doa yang baik-baik sahaja,” katanya.

Anis turut memadam kebanyakan foto di Instagram miliknya dan hanya meninggalkan gambar perkahwinan bersama Haqiem dan sekeping gambar ‘Freehair’.

Bagaimanapun, Anis telah menutup ruangan komen untuk mengelakkan dia dihujani dengan komen yang berbaur kritikan dan nasihat oleh warga net.

Untuk rekod, Haqiem mendirikan rumah tangga bersama Anis pada 19 November 2021 di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya.

Pasangan ini masih belum dikurniakan cahaya mata.

Oleh: AIN JAPRI (Pelatih USM)

Author

Pilihan Editor