MOSCOW: Menteri Luar Ecuador, pJuan Carlos Holguin mengumumkan peletakan jawatannya pada Sabtu atas sebab peribadi.
“Atas sebab peribadi, saya mengemukakan peletakan jawatan saya sebagai Menteri Luar Negeri dan Mobiliti Manusia,” menurut ciapan Holguin di Twitter pada Sabtu.
Menteri itu berkata, dalam amanatnya, beliau sentiasa bertindak adil dan mengikut undang-undang, demi menjaga kepentingan negara.
Presiden Ecuador Guillermo Lasso berkata bahawa Menteri Alam Sekitar, Air dan Peralihan Ekologi Gustavo Manrique Miranda akan menggantikan Holguin sebagai menteri luar yang baharu, lapor Sputnik.
“… saya kesal dengan peletakan jawatannya. Pada Isnin, Gustavo Manrique akan dilantik mengisi kekosongan jawatan ini,” menurut ciapan Lasso di Twitter pada Sabtu.
Awal minggu ini, Mahkamah Perlembagaan Ecuador mengumumkan prosiding pemecatan terhadap Guillermo Lasso diluluskan atas tuduhan penyelewengan. – BERNAMA-SPUTNIK