HomeHiburanMinta maaf kepada ibu bapa dahulu, nasihat Aaron kepada Syamsul

Minta maaf kepada ibu bapa dahulu, nasihat Aaron kepada Syamsul

SHAH ALAM: Pelakon Datuk Aaron Aziz menasihati pengarah sensasi, Syamsul Yusof agar memohon maaf kepada kedua orang tuanya.

“Suruh Syamsul minta maaf kepada orang tua sendiri,” kata pelakon berusia 47 tahun berkenaan selain turut berkata dia tidak mahu mengulas lebih lanjut untuk menghormati permintaan isterinya, Datin Diyana Halik.

Jelas Aaron, dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk berdamai, namun ia hanya akan terjadi selepas Syamsul yang juga pengarah filem The Original Gangster (TOG) berbuat demikian (minta maaf kepada ibu bapanya).

“Tak ada sebarang konfrontasi. Saya cakap kepada umum suruh dia minta maaf pada kedua orang tuanya iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail,” katanya.

Dalam pada itu, Aaron juga meminta agar semua pihak tidak membangkitkan atau menyebut lagi tentang isu antaranya dengan Syamsul sama ada di media cetak, media sosial atau elektronik.

Terdahulu, Syamsul mendedahkan punca sebenar dia membuang nama Aaron Aziz daripada filem TOG disebabkan masalah kesihatan ‘slip disc’ yang dialami oleh aktor itu selain kenaikan berat badan.

Bagaimanapun, tidak lama kemudian Aaron memuat naik hantaran video di Instagram mendakwa Syamsul enggan berjumpa dengannya berhubung isu pengguguran nama daripada membintangi filem TOG.

Malah, Aaron turut menunjukkan suntikan yang diambil untuk mendapatkan fizikal yang diinginkan Syamsul bagi filem Original Gangster.

Namun apa yang membuatknya terkilan adalah tindakan Syamsul yang menggugurkan namanya sebagai pelakon untuk filem terbabit sedangkan dia yang beria-ia ingin Aaron berlakon untuk naskah tersebut.

Author

Pilihan Editor