HomeHiburanNaim Daniel serik main mercun bola, hanya main bunga api

Naim Daniel serik main mercun bola, hanya main bunga api

 

CYBERJAYA: Penyanyi dan pelakon Naim Daniel tidak bernasib baik semasa bermain mercun di halaman rumah apabila terkena percikan mercun bola.

Naim atau Muhammad Naim Daniel Baharin, 25, bagaimanapun hanya cedera ringan pada bahagian tangan kanan dan dahi.

Naim berkata, dia terlambat membaling mercun tersebut menyebabkan ia meletup di tangannya.

“Biasalah main mercun bola, lupa buang cepat-cepat dan ia meletup dekat tangan.

“Nasib baik kuku sahaja pecah dan dahi ada sikit berdarah.. bertanda,” katanya seperti yang dilapor mStar.

Menurut Naim, selepas terkena percikan mercun, dia bergegas mendapatkan rawatan di klinik berhampiran dengan rumahnya.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Sumpah itu dikatakan sudah serik bermain dengan mercun bola dan hanya berani bermain bunga api.

Naim menasihatkan orang ramai agar berhati-hati semasa bermain mercun bagi mengelakkan kejadian seperti itu menimpa orang lain.

“Jangan main mercun, hati-hati dengan keadaan sekeliling kalau tidak jadi macam saya.

“Saya pun dah main bunga api sahaja sekarang ini,” ujarnya.

Sebelum ini, naim memuat naik beberapa hantaran yang memaparkan keseronokannya bermain mercun namun kegembiraannya itu hanya seketika selepas dirinya tercedera akibat terkena mercun.

Oleh: AIN JAPRI (Pelatih USM)

Author

Pilihan Editor