KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu martabat angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terus dijulang dan dihormati.
Dalam ucapan sempena ulang tahun TLDM ke-89 hari ini, Anwar turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga TLDM atas khidmat mereka dalam melindungi serta memelihara keselamatan perairan negara.
“Selamat Hari Ulang Tahun TLDM Ke-89.
Moga kebersamaan angkatan terus dijulang dan dihormati dalam mengangkat martabat seluruh warga TLDM di atas khidmat yang dicurahkan tatkala melindungi serta memelihara keselamatan perairan negara,” katanya menerusi catatan di Facebook. – BERNAMA