ISTANBUL: Syarikat permainan video Jepun, Sega menawarkan €706 juta (AS$776.5 juta) untuk memperoleh Rovio, pemilik permainan mudah alih popular ‘Angry Birds’, lapor Agensi Anadolu.
Menurut kenyataan bersama oleh firma pada Isnin, Sega menawarkan €9.25 sesaham bagi Rovio yang berpangkalan di Finland.
“Menggabungkan kekuatan Rovio dan Sega bakal menyaksikan masa depan yang sangat mengujakan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Rovio Alexandre Pelletier-Normand.
Haruki Satomi, Ketua Pegawai Eksekutif Sega berkata, pasaran permainan mudah alih penting untuk matlamat jangka panjang Sega, yang telah mengeluarkan banyak permainan video setakat ini, termasuk Sonic Hedgehog. – BERNAMA-ANADOLU